Pada 7hb dan 8hb Mac 2009 ini Ketua Pengarah JASA akan membuat kunjongan rasmi ke Wilayah Persekutuan Labuan. Kunjongan tersebut akan disertai sekali oleh Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah Bahagian Pengurusan dan Kewangan JASA.
Semasa kunjongan tersebut, antara atur cara yang akan diatur oleh JASA Labuan ialah kunjungan hormat ke Pejabat Ahli Parlimen Labuan disamping mengadakan mesyuarat tertutup dengan Ahli Parlimen sekali, pada 7hb Mac. Pada 8hb Mac akan diadakan program Nadwah Suara Rakyat di Kampong Layang-Layangan Labuan dimana dijangka akan dihadiri bersama oleh Ketua Pengarah dan rombongan. Di jangka YB Datuk Yussof Haji Mahal, Ahli Parlimen Labuan akan menghadiri program tersebut dimana selain daripada program Nadwah Suara Rakyat itu, juga akan diadakan majlis silatulrahim diantara Yb Ahli Parlimen dengan semua Ketua-Ketua Kampong di Wilayah Persekutuan Labuan. Adalah menjadi harapan JASA agar hubungan silatulrahim diantara YB Ahli Parlimen dengan semua Ketua Kampong akan menjadi intim demi UMNO dan perjuangan bangsa, agama dan negara.
PENGISLAHAN RADIKALISME DAN EKSTREMISME
-
*Bahagian A: Pengenalan*
1. Saya bercakap hari ini bukan sahaja sebagai seorang Muslim sejati,
tetapi juga sebagai rakyat Malaysia dan mewakili umat Isl...
8 tahun yang lalu